Pages

Sunday, October 4, 2015

PETUA HILANGKAN JERAGAT.


Ramai yang tercari-cari cara senang nak rawat dan hilangkan jeragat kan..
Nak beli ubat jeragat atau set kosmetik jeragat- rasa macam takut pula. Sebab kebanyakannya adalah jenis peeling dan buat kulit menggelupas. Muka jadi merah dan pedih.
Memang tak tahan.
Nah, saya share cara beberapa cara tradisional untuk rawat dan hilangkan jeragat.
Peringatan!!!
Ini hanya untuk mereka yang RAJIN sahaja ye. :)
Kalau jenis yang malas macam saya ni- terus dapatkan cara mudah di sini
  • Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama lim minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih
  • Ambil segenggam beras, rendamkan ke dalam air selama sejam. Toskan beras tadi dan tumbuk bersama sedikit kunyit hidup sehingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji telur. Kemudian sapukan di seluruh muka sebagai masker. Biarkan hingga kering dan bilaskan dengan air suam untuk mengekalkan kelembapan kulit. Lakukan setiap hari.
  • Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
  • Ambil beberapa helai daun sirih muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
  • Ambil satu sudu susu tepung dan gaulkan dengan perahan limau nipis sehingga menjadi pes. Sapukan ke seluruh muka sebagai masker. Biarkan hingga kering, kemudian bilas dengan air suam.
  • Ambil sedikit daun betik, segenggam beras, air dan satu inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok seperti scrub dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.
  • Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

No comments:

Post a Comment