Setelah berusaha merawat dan menghilangkan jeragat, sudah pasti anda tak mahu ia kembali bertempek di muka kan 
Bersusah payah anda merawat dan memastikan jeragat hilang, jangan biarkan ia kembali hanya kerana sifat acuh tak acuh anda pada penjagaan muka.
Jom kita tengok apa yang sepatutnya dilakukan untuk memastikan muka bebas dari jeragat:
1. Basuh Muka
Anda dikehendaki membasuh muka anda dengan kerap menggunakan pembersih muka yang sesuai dengan kulit anda. Elakkan pembersih muka yang mengandungi bahan yang anda ada alahan.
2. Elak Penggunaan Sesetengah Produk
Sesetangah produk penjagaan kulit seperti astringents, masks, toner dan sabun exfoliating boleh menyebabkan kulit anda cenderung kepada masalah jeragat.
Dan produk penjagaan kulit yang mengandungi minyak juga agak tidak sesuai kepada kulit yang mengalami masalah jerawat.
Kebanyakan produk kosmetik dan krim sunblock mungkin mengandungi minyak yang mana boleh menghalang pora, lantas menyebabkan jeragat.
Anda digalakkan untuk memilih produk yang menyatakan “oil-free,” “will not clog pores,” ataupun “noncomedogenic.”
Kemudian, hadkan penggunaan produk kosmetik dalam sesuatu masa. Penggunaan produk kecantikan yang berlebihan pada sesuatu masa boleh menyebabkan liang pori tersumbat.
3. Jauhi Perkara Berminyak dari Muka
Selain elakkan penggunaan produk kecantikan yang mengandungi minyak, anda juga boleh mengelakkan masalah jeragat dengan mengelakkan penggunaan produk rambut yang berminyak.
Tambahan lagi, hadkan menyentuh muka dengan jari tangan, kerana secara semula jadi jari kita mengandungi minyak dan bakteria. Perkara ini boleh menyebabkan masalah jeragat dan jerawat.
4. Jangan Pecahkan Jerawat ataupun Jeragat
Bagi sesetengah orang, amalan pecahkan jerawat dan jeragat merupakan suatu perkara yang sukar untuk dielakkan. Namun, pada hakikatnya perbuatan tersebut boleh menyebabkan masalah jeragat dan jerawat bertambah teruk. Bahkan boleh menyebabkan jangkitan kuman dan bakteria. Lantas melambatkan proses penyembuhan jeragat.
5. Menggunakan Blotting Paper
Anda boleh dapatkan blotting paper ataupun kertas penyerap minyak berlebihan di farmasi ataupun kedai-kedai kecatikan berhampiran anda.
Jika anda mengalami masalah kulit berminyak yang ketara, penggunaan blotting paper boleh membantu menyerap minyak yang berlebihan tersebut tanpa mengakibatkan sebarang kesan sampingan.
6. Kurangkan Terdedah Pada Matahari
Terdedah kepada cahaya matahari terlalu kerap boleh menyebabkan kulit anda semakin berminyak.
Selain itu sinaran uv dari cahaya matahari boleh menyebabkan kanser jika kita terdedah dengan kadar yang berlebihan tanpa krim sunblock.
7. Teruskan Rawatan Jeragat
Jika anda sembuh dari jeragat, anda digalakkan untuk meneruskan rawatan sebelum ini untuk memastikan ianya tidak berulang. Anda mesti meneruskan rawatan dengan kadar yang berkala untuk mendapatkan kesan yang efektif.
Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat!
Kaedah Paling Berkesan Dan Bersifat Jangka Panjang
Anda pasti tidak suka sekiranya masalah jeragat ini sentiasa berulang-ulang bukan?
Ini cara paling senang dan TERBAIK untuk membantu untuk elakkan jeragat kembali bertempek di muka.

No comments:
Post a Comment