Pages

Sunday, October 4, 2015

JERAGAT-MAKIN LAMA SIMPAN MAKIN TERUK!

Selain jerawat, masalah jeragat di muka juga boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri. 

Adakah anda ada jeragat atau tompok-tompok hitam di muka? Jeragat sukar dihilangkan dan menjadikan kulit anda kelihatan tidak cantik. Ia biasa terjadi pada rakyat Asia.

 Ia merupakan di antara 10 masalah kulit yang kerap dihadapi oleh kaum wanita yang berumur di antara 20 hingga 50 tahun. Jeragat kerap muncul di kawasan muka seperti di bahagian pipi. Namun, terdapat juga yang mengalaminya di bahagian hidung dan dahi.

 Mungkin anda kurang pasti apakah punca sebenar yang menyebabkan jeragat di muka.Jom kita tengok beberapa punca yang menyebabkan jeragat di muka.

 Penyebab utamanya masih belum dapat dipastikan sehingga kini, namun pakar kulit sependapat bahawa kehadiran jeragat ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut :

 ✔Sinaran matahari Ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merangsang tahap ‘melanoctes’.Malah, jeragat yang pudar boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada matahari.

 ✔Perubahan hormon Wanita hamil sering mendapat jeragat. Apabila jeragat muncul di kalangan wanita hamil, ia dipanggil chloasma atau topeng kehamilan. Pil kawalan kelahiran dan ubat hormon juga boleh menyebabkan jeragat di muka.

 ✔Kosmetik Produk penjagaan kulit dan alat make-up yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh merangsang kulit dan memburukkan lagi jeragat di muka.

 ✔Keturunan. Akibat daripada genetik.

 Take Note!

 Sifat jeragat ini tidak gatal, tidak disebabkan oleh jangkitan kuman serta tidak berjangkit. Namun, sebagai wanita yang sememangnya sinonim dengan kecantikan, ia pastinya akan menggusarkan hati. 

Anda akan sentiasa memastikan muka ditutupi bedak yang tebal dan rasa malu apabila keluar tanpa make up. Tapi jangan mengalah dahulu, jangan putus asa kerana masih belum terlambat untuk merawatnya.

Klik sini untuk dapatkan cara paling mudah untuk hilangkan jeragat yang bertempek di muka.

No comments:

Post a Comment